Kisah Pembalut Kepala
Suatu hari Rabi'atul Adawiyah terlihat seorang yg sedang berjalan dgn kepalanya berbalut. Beliau lalu menghampiri orang itu & bertanya; "Mengapa engkau membalut kepala?"
Org itu menjawab dgn mengatakan, "Saya sakit kepala."
Rabi'atul Adawiyah kemudian bertanya, "Berapa umur mu?"
Jawab org itu, "Tiga puluh tahun."
Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi: "Sehingga hari ini bgmana keadaan kamu?"
Kata org itu, "Sihat-sihat sahaja."
Rabi'atul Adawiyah pun berkata, "Selama 30tahun Allah menyihatkan kamu, ttp kamu tidak mengibarkan bendera di badan kamu untuk menunjukkan kesyukuran kpd Allah, dan agar manusia bertanya mengapa kamu gembira sekali & setelah kamu ceritakan kurniaan Allah kpd kamu, mereka akan Memuji Allah. Sebaliknya; kamu setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu & pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu & kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina ini?"
Orang itu tersentak dengan teguran Rabi'atul Adawiyah & terus bertaubat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~ Allah dikenal dgn Hati bukan dengan Akal.
dan Org yg Hatinya kenal Allah, pasti kuatlah Agamanya ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kisah yg sangat menyentuh hati.
ya, sungguh sedikit org yg bersyukur sebab mereka tidak faham makna 'syukur' dan tidak tahu bagaimana bersyukur.
ya Allah jadikanlah kami kalangan hambaMu yang tahu, mahu dan selalu bersyukur kepadaMu.
Post a Comment