Tuesday, July 29, 2008
Don't put your mobile
Don't put your mobile closer to your ears until the recipient answers, Because directly after dialling, the mobile phone would use it's maximum signalling power, which is: 2watts = 33dbi. Please Be Careful. Please use left ear while using cell (mobile), because if you use the right one it may affect brain directly. This is a true fact from Apollo medical team. Please forward to all your well wishers..! Do not drink APPY FIZZ .It contains cancer causing agent & don't eat mentos before or after drinking coke or Pepsi bcoz the person will die becoz it creates cyanide....
Monday, July 28, 2008
Sesiapa yang memelihara solat
Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Thursday, July 24, 2008
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.
New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). . Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam
Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru..
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)
Sumber artikel: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
PS: Apa pendapat para webmaster mahupun blogger?
Friday, July 18, 2008
sekadar memanjangkan. .
sekadar memanjangkan. .
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah
Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.
"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"
Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.
"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.
"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.
Tapi...
"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.
"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.
"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.
"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.
"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang
diamalkan keluarga saya."
"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,"
tanya Haji Seman.
"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"
"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat."
"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.
"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.
"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah
manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak
komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu
nak."
Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.
"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas
dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.
"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."
"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah
sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah
syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."
"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. "
Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah
Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.
"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"
Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.
"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.
"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.
Tapi...
"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.
"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.
"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.
"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.
"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang
diamalkan keluarga saya."
"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,"
tanya Haji Seman.
"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"
"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat."
"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.
"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.
"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah
manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak
komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu
nak."
Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.
"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas
dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.
"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."
"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah
sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah
syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."
"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. "
Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
Thursday, July 17, 2008
Wednesday, July 16, 2008
Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan 1 kelemahan, Kau mungkin akan m'jauhinya. ... Andai kau ingin SESEORANG sbg teman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan 1 keburukan, Kau akan m'bencinya. ... Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan menfitnahnya. ... Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tdk pandai m'ceriakan, Kau mungkin akan m'yalahkannya Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang TEMAN , Yg hanya manusia biasa.... Klemahan . Kkurangan .. Kburukan .. Kalau itu yg kau blh terima dr seorang TEMAN ..kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA. Bersahabatlah
Tuesday, July 15, 2008
PERBEZAAN BASIKAL BUKIT
DOWNHILL (menuruni bukit)
Harga sekitar RM7,000 hingga melebihi RM30,000.
Kerangka badan basikal seakan motorcross dan paling sesuai untuk tujuan pertandingan.
Ringan dan paling lasak dalam kelas basikal bukit.
Sistem suspensi paling panjang iaitu 15.5 sentimeter (sm) (7 inci) di bahagian depan, yang bersedia menghadapi apa saja hentakan dan gegaran ketika menyusuri bukit.
Berkemampuan untuk melakukan pelbagai aksi lompatan, menyusuri bukit, laluan berlopak hingga di laluan sukar di dalam hutan.
Mempunyai sistem brek leper menggunakan sistem minyak.
Kos penyelenggaraan lebih tinggi berbanding basikal cross country.
CROSS COUNTRY (rentas desa)
Harga basikal bermula daripada RM1,500.
Kerangka badan seperti juga downhill tetapi aktivitinya terhad berbanding jenis basikal bukit lain yang lebih ekstrim.
Sistem suspensi pendek iaitu antara milimeter (mm) hingga 110 mm. Tetapi ada juga basikal yang tidak dilengkapi dengan sistem ini.
Paling sesuai untuk aktiviti menyusuri bukit dan laluan denai di dalam hutan.
Ringan.
Tayar lebih kecil berbanding basikal downhill.
Kos penyelenggaraan berpatutan.
ENDURO (basikal bukit serba guna)
Basikal jenis ini kebiasaannya lebih berat daripada basikal merentas desa (cross country).
Berat basikal antara 14 kilogram (kg) dan 16 kg.
Sistem suspensi basikal agak panjang (150 mm) di bahagian depan untuk membolehkan penggunaan di pelbagai lokasi dan halangan.
FREERIDE (bebas)
Ciri reka bentuk basikal ini sama juga seperti basikal enduro tetapi mempunyai sistem suspensi lebih baik selain berat yang lebih ringan iaitu antara 14 kg dan 18 kg.
Sistem suspensi lebih panjang iaitu kira-kira 15.5 sm (7 inci) yang membolehkan ia digunakan hampir di semua halangan laluan di trek sukar.
Basikal jenis ini direka lebih versatil berbanding basikal bukit yang lain dan sesuai untuk melakukan pelbagai aksi ekstrim, lompatan dan laluan berliku.
TRIALS (ujian)
Basikal jenis trials (basikal ujian) memang dicipta bagi pelumba.
Reka bentuk basikal ini terlalu ringkas hingga tidak mempunyai sistem suspensi.
Bagi basikal perlumbaan, mereka mempunyai sistem gear berganda.
Kebiasaannya basikal moden jenis ini tidak mempunyai tempat duduk kerana penunggang lebih menumpukan untuk daya pecutan.
DIRT JUMPING, URBAN DAN STREET
Basikal ini adalah inspirasi gabungan basikal ujian, BMX, dan basikal serba guna.
Kerangka basikal sangat kukuh dan mempunyai sistem suspensi sepanjang 10 sm (4 inci) di bahagian depan.
Mencapai sehingga sembilan laras sistem gear.
Putaran tayar lebih pantas kerana saiz basikal yang lebih kecil.
SINGLE_SPEED
Basikal jenis ini mempunyai satu set nisbah gear.
Namun, kelajuan basikal ini bergantung juga kepada teknik pemanduan, selain kemahiran penunggang sendiri.
Saiz tayar juga banyak bergantung kepada kelajuan basikal.
Tayar bersaiz 65 sm (26 inci) dan 72.5 sm (29 inci) yang digunakan pada single-speed memberi impak berbeza ketika pecutan.
MOUNTAIN CROSS ATAU 4X RACING
Basikal ini adalah lembaran baru dalam sukan basikal bukit.
Perlumbaan menampilkan empat basikal bukit yang mempunyai sistem suspensi sepanjang tiga hingga empat inci.
Reka bentuk basikal disesuaikan dengan kelasakannya untuk melakukan selekoh dan kelajuan.
Penunggang yang paling awal tiba di bawah bukit dikira sebagai pemenang.
Monday, July 14, 2008
Basikal Baru
Monday, July 07, 2008
Seni Silat Setia Bakti
Staged performance by Silat Setiabakti for TV's Silat series Warisan Melayu to be aired by Radio TV Malaysia RTM.
Kawe ada dalam part ni yang kena belasah tu ...
Seni Silat Setia Bakti
Seni Silat Setiabakti was founded by Guru Utama Dahlan Karim through his experience in more than 10 silat styles. It's motto, 'Berilmu, Setia dan Berbakti' meaning Knowledgeable, Loyal and Serve
Tak tergamak nak tanya…
Tak tergamak nak tanya siapa cadang nama Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan?Tak tergamak nak tanya siapa lantik nama Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan?
Ampun Tuanku,Patik tak tergamak nak tanya Tuanku.siapa cadang dan lantik Tok Guru Nik Aziz jadi MB
Maaf! Tuan Guru Mursyidul Am PAS.Maaf! Dato Seri Presiden PAS.
Amba, Ahli PAS dan rakyatpun tak tergamak nak tanya siapa cadang dan lantik Tok Guru Nik Aziz jadi MB.
Tuanku Sultan sendiripun barangkali tak tergamak nak tanya surat atau apa-apa bukti yang mencadang nama Tok Guru jadi MB. Apatah lagi kita ahli dan rakyat… lagilah tak tergamak nak tanya soalan tersebut.
Bila peristiwa perlantikan MB di Perlis dan Terengganu mengambil masa yang agak lama, Tuanku Sultan Kelantan sepatutnya ambil juga perhatian bahawa surat menyurat cadangan dan pandangan parti untuk nak lantik MB perlu diambil.
Tuanku Raja Perlis ketika nak lantik Dr Md Isa jadi MB Perlis juga ambil kira pandangan dan tengok surat cadangan Presiden Umno, walaupun akhirnya cadangan Presiden Umno ditolak.
Begitu juga di Terengganu, Majlis Pemangku Sultan ambil kira juga cadangan dan surat Presiden UMNO untuk lantik Datuk Idris Jusoh jadi MB Terengganu yang akhirnya Pemangku Raja lantik Datuk Ahmad Said jadi MB.
Tak tergamak nak tanya…. Adakah ada cadangan atau surat Presiden PAS untuk lantik Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan.
Khabarnya PAS Pusat tak sempat bincangpun. PAS Kelantan lagilah tak bincang. Sebabnya semuanya tak tergamak nak soal dan nak cadang.
Khabarnya pada malam keputusan Pilihanraya PRU 12 pada 8 Mac. PAS menang besar dengan majoriti dua pertiga. SU Perhubungan YB Takiyuddin panggil mesyuarat Dewan Harian Negeri dengan sms saja. Dalam keletihan sehari suntuk berpilihanraya. Sepatutnya bertenanglah dahulu. Kita dah menang besar, tiada apa yang dirisaukan lagi.
Kita berfikir begitu… Orang lain berfikiran lain.Mungkin inilah masanya untuk cantas-mencantas kawan-kawan. Siapa cepat dia dapat. Patutlah Tuanku Sultan semasa Hari keputeraan pada 30 Mac lalu menasihatkan Kerajaan Kelantan supaya “Jangan ada pijak memijak”.
Sekalung Tahniah kepada Tuanku kerana dapat ‘mencium’ apa yang akan berlaku kepada kerajaan Kelantan.
Khabarnya juga dalam mesyuarat pertama tanpa notis mesyuarat bersurat itu, mesyuarat di Pengerusikan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tok Guru Nik Aziz sewaktu nak cadang nama Exco. Tok guru baca sekeping kertas yang dihulurkan SU perhubungan, Dato’ Taki.
Kata Tok Guru: “Jawatan MB Amba neh, TMB kita kekal Ustaz Mad dan exco kita bince ari lain”.
Mungkin dalam surat itu ada lagi nama yang tiada dalam senarai, lantas Tok Guru juga tak tergamak nak baca dan nak tanya.
Tercengang sebahagian ahli mesyuarat. Tak tergamak amba nak tanya?
Amba tak leh nak jawab soalan kawan-kawan (Pimpinan PAS) tanya siapa lantik Exco kerajaan Kelantan. Nak tanya tak tergamak sebab kita dilatih oleh Tok-tok guru hal-hal jawatan ni tak boleh nak meminta-minta dan lantik diri sendiri.
Sepatutnya inilah masa yang sesuai Tok Guru cadang nama orang lain untuk jadi MB. Ahli PAS dan rakyat tak kesah sangat, siapa pengganti Tok Guru. TMB yang ada kinipun layak, Ustaz Nik Amar pun mampu pikul jawatan MB. Dato Husam memang juga antara yang mampu pegang MB.
Tetapi kenapa Tok Guru tidak berbuat demikian. Setengah pimpinan PAS dan ahli berkata mungkin ada hikmahnya.
Sepatutnya Tok Guru serahkan saja kepada PAS pusat untuk tentukan siapa penggantinya. Seperti yang ditulis Subky Latif dalam Siasah ruangan “Terkenang semasa dulu’ mukasurat 45 keluaran 13-19 April 2008.
Dalam tulisannya Subky menulis:“Justeru saya tertarik dengan satu berita sebelum pilihanraya lalu mengatakan kiranya Dato Nik Aziz berundur satu masa nanti …… maka gantinya akan ditentukan oleh satu undi sulit dikalangan pembuat dasar parti itu di Kelantan.
“Saya harap berita itu tidak betul.“Baik undi sulit itu dibuat dikalangan ADUN PAS di Kelantan atau oleh anggota Badan Perhubungan PAS Kelantan … atau Dewan Harian Perhubungan Kelantan, kesemuanya bukanlah pihak yang berhak untuk membuat keputusan itu. Keputusan itu hanya berhak dibuat oleh PAS Pusat. PAS Pusat itu siapa?”
Menteri Besar atau gantinya atau Timbalan Menteri Besar… bukan urusan biasa diputuskan Dewan Harian PAS Pusat bahkan oleh Lajnah Politik atau Jawatankuasa Kerja PAS dan seterusnya Majlis Syura Ulama jika perlu. Itulah antara petikan Tulisan Subky.
Ataupun Tok Guru dok fikir apa akan jadi kepada anak dan menantunya, bila beliau melepaskan jawatan MB? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Kalau Tok Guru berfikiran demikian lantik sahaja Dato Takiyuddin atau orang kepercayaannya jadi MB.
Jangan jadi macam pemimpin BN kini yang dok fikir apa akan jadi kepada kroni dan anak menantunya. Itulah padah yang diterima pemimpin BN kini bila pemimpin besar dok fikir. BN hilang empat negeri dan BN juga hilang majoriti dua pertiga. Silap haribulan kerajaan Pusat berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat.
Jadi amba tak tergamak nak tanya…..Harap Anak Tok Guru yang bernama Nik Abduh sahaja yang amba kenal itu dan Nik Abduh kenal amba ‘tidak ambil hati’ dengan tulisan ini.
Nik Abduh tak perlu risau. Jika kita ada wibawa tersendiri. Pandailah Allah SWT angkat sesorang jadi pemimpin.
Amba tak tergamak nak tanya…
// bersambung
Wednesday, July 02, 2008
“Hari ini tidak semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.. Banyak yang perlu dikorbankan, byk juga yang terpaksa dilepaskan.. Sesekali langkah
“Hari ini tidak semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.. Banyak yang perlu dikorbankan, byk juga yang terpaksa dilepaskan.. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah… Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan air mata… Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, jangan kita gusar pada anugerah Allah.. Anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.”
Subscribe to:
Comments (Atom)




