Friday, October 31, 2008

Penawar Buat Si Bujang :

Penawar Buat Si Bujang :



Bila nak kawin???

Di sini orang bertanya

Di sana orang menyoal

Tak kira teman mahu kenalan

Asyik-asyik itu je yang jadi bualan

Begitulah nasib orang bujang

Tak kira lelaki mahupun perempuan



Bila nak kawin???

Keluarga pun dah mula risau

Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak

Si dara, ayah takut bergelar andalusia



Bila nak kawin???

Jiran turut sama menumpang tanya

Bila dijawab jodoh belum ada

Kata mereka, kita kenalah usaha

Mandi bunga salah satu caranya

Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)



Bila nak kawin???

Aduuuhh...aku disoal lagi

Kawin??? Nak kawin dengan sapa?

Calon pun takde.

Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya

Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)



Bila nak kawin???

Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)

Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam

Atau semudah membeli VCD cetak rompak

Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)



Bila nak kawin???

Aaahhh....sungguh aku bosan

Banyak yang lain boleh jadi persoalan

Kenapa asyik itu yang dihadapkan

Apa kita nak heran

Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.



Bila nak kawin???

Pada yang masih bujang

Biarkanlah mereka terus bertanya

Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)

Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.



Bila nak kawin???

Pada yang asyik menanya

Usah dirisaukan jodoh orang

Jaga masjid sendiri agar tidak goyang

Lain orang lain rezekinya

Syukurlah dengan apa yang kita ada.



MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

Wednesday, October 15, 2008

Siapa Yang Paling Anda Respek?

Sambil lalu tertengok web ni http://www.iluvislam.com
dan terus register untuk tengok siapa yang tertinggi kat POLL tu

memang dah agak TOK GURU yang tertinggi..
my secret admire.

Tuesday, October 14, 2008

Monday, October 13, 2008

Jangan Mengumpat



Janganlah sesetengah dari kamu mengumpat yang lain kerana perbuatan itu seperti memakan daging saudara mu yang telah mati ..
"surah Al-hujurat,12"

Wednesday, October 08, 2008

Great news

Great news

Hope you all know about the
Denmark newspaper who made fun upon our
LOVING PROPHET
and till now they never regret…
let us make them regret
for all time…

The Denmark ambassador, prime minister and Denmark channel they all
try to do something just to stop the boycott made by
Muslims
last month, by which their losses has reached to
2 billion Euro.
If we
continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach
around 40 billion Euro's destruction.


Believers do not let this message stop in your PC.
Please copy this
text and forward this text to as many Muslims as possible.... .
I ask u, as Muslims... Can't u spare 15 minutes in order to spread this
message among Muslims ...ASAP?

REMEMBER
THE PROPHET (SAW)
MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT,
' WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME?
HOW DID YOU DEFEND ME?????'

7up drinks-LEGO - Cadburry chocolates -Hall Chewgums
any product with
barcode no. starting with
57

Plz convince all Muslims to circulate this around the Globe
to the whole Muslim ummah to ban Danish made products.
'Some lessons are best learned by experience.. ...'

Tuesday, October 07, 2008

Wang ihsan Bill Gates

Wang ihsan Bill Gates

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro. com.my

KUALA LUMPUR: Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates, bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel.

Antara kandungan e-mel yang kini tersebar luas di seluruh negara ialah 'tidak perlu mengeluarkan sebarang modal atau pelaburan, namun dijanjikan pulangan wang ribuan ringgit setiap minggu dengan hanya menghantar e-mel'.

Dakyah e-mel berangkai itu menyatakan Gates mahu berkongsi kekayaan melimpah ruah dimilikinya dengan pelanggannya, menerusi dua syarikat tersohor, Microsoft dan AOL.

Turut dinyatakan pesanan, pembaca yang mengendahkan e-mel berangkai yang dikirim itu bakal menyesal tidak terhingga di kemudian hari.

Malah, pengakuan yang dilampirkan bersama kiriman e-mel itu turut tertera dakwaan beberapa nama yang menerima wang dalam dolar Amerika Syarikat, dimasukkan melalui akaun bank.

Namun, setiap pembaca yang mengirim semula e-mel itu perlu memberikan butir diri seperti alamat dan nombor akaun bank sebelum menerima wang berkenaan.

Untuk meyakinkan pembaca e-mel, nama penjawat kanan badan berkanun iaitu setiausaha kepada Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah, Norhafizah Abdul Halim, turut dinyatakan sebagai antara pelanggan bertuah yang menerima kononnya 'wang ihsan' Gates itu.

Pengakuan menerusi e-mel berkenaan mengatakan kononnya Norhafizah menerima wang RM5,449 dimasukkan ke akaunnya selepas melanjutkan e-mel itu kepada pihak lain.

Bagaimanapun, Norhafizah, 27, ketika dihubungi Harian Metro semalam menafikan mendapat wang 'terpijak' itu dan mendakwa ada pihak tertentu menggunakan butir dirinya serta tidak tahu tujuan pihak terbabit.

Katanya, dia langsung tidak percaya walau apa juga jenis skim, pelaburan atau segala bentuk kenyataan menawarkan wang tanpa berusaha.

Dia yang terkejut apabila dihubungi Harian Metro menyatakan jika boleh mendapat ribuan ringgit dengan hanya duduk saja, lebih baik berhenti kerja.

"Saya tertekan sehingga mengganggu kerja apabila menerima ratusan panggilan dan e-mel sejak maklumat diri dipergunakan di Internet mengenai wang ihsan itu.

"Nama, jawatan dan nombor telefon yang tertera itu sebenarnya bagi tujuan urusan kerja yang dipaparkan di laman web Mara.

"Tapi saya sudah hubungi pegawai sistem maklumat Mara di ibu pejabat Mara Kuala Lumpur untuk membantu mengatasi masalah itu dan ketua (pengarah) di Kedah turut diberitahu," katanya yang membuat laporan polis.

Sementara itu, Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd yang juga pengasas dapat.com, Azli Paat, menjelaskan e-mel berantai seperti itu digunakan sindiket untuk menjual nama, alamat, e-mel dan nombor telefon mangsa kepada syarikat tertentu.

Mengulas lanjut, katanya, kebiasaannya syarikat yang membeli butiran peribadi itu menjalankan perniagaan tidak sah seperti gores dan menang.

"Ada juga butiran peribadi mangsa digunakan bagi penipuan akaun bank. Kegiatan seperti ini lebih bahaya daripada ancaman virus.

"Virus boleh digugurkan melalui antivirus, tapi sindiket menjalankan urusan jual beli maklumat peribadi ini mengaut untung dengan menganiaya pemilik maklumat itu," katanya.

Azli berkata, harga setiap e-mel atau butiran peribadi lain bergantung kepada perniagaan yang dijalankan iaitu boleh bermula daripada 20 sen hingga sekitar RM5.

"Bayangkan jika maklumat yang dijual dalam skala besar padahal modalnya hanya cipta satu skim boleh menarik pelayar laman web," katanya.

Menurutnya, dia turut menerima banyak e-mel menawarkan wang, tapi mengambil tindakan membuang atau meletakkannya dalam fail spam.