Monday, June 30, 2008

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa
dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.
Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini,
bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa..

Wednesday, June 25, 2008

lawak pagi Rabu

Gabra punye pasal....

Al kisah ada la satu famili…yang penghuni ayah dan mak mertua, anak dan menantu serta sorang cucu.satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia. tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..pastu bini , mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut.. semua dah gabra..sambil pegang2 dada…ayah mertua dia pengsan.. tak sedar diri..pastu macam sedar tak sedar..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia yang ribakan. dia gabra jugak…pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu… mak dia suruh lagi…dah le gabra sgt, dia pun buat.. dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap…"MA ROBBUKA…." ""terkejut bini dan mak mertua dia..tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TAK MATI LAGI CIS…'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia.. sengeh aje la si menantu "Sekurangnya pak mentua dah bangn"..katanya dalam hati.sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..

Pak pandir masuk mc'd

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelakilingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..Ahmad : Bagi Big Mac satu..Pak Pandir: bagi Big Mac satu...Ahmad: Air... Bagi air coke yer...Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...


Jenis-jenis ketawa dengan bunyi sound effectnye...
1. Ketawa orang kaya :- HA HA HA HA HA!! [sambil perut boroi gegar gegar bergegar gegar..!]2. Ketawa terbahak-bahak :- Hark hark hark [hark tuih..!, bnyk sgt gelak smpi terkluar kahak]3. Ketawa kebaratan :- Heh heh heh heh [smbil mulut nyerong cam mr bean]4. Ketawa sambil tutup mulut:- hhm hhm hmh hhm [smbil bahu goyang2 melawan impact]5. Ketawa berdekah-dekah :- Kah kah kah kah [air liur bersembur2 kat skrin pc]6. Ketawa pontianak :- Kih kih kih hieeeeee..hhieeeeee eeeeee... .! [terbang2 landing ateh tingkap]7. Ketawa eksyen :- heh heh heh heh heh [sila bayangkan muke babun]8. Gelak besar :- Muahhaaaaahaha *ketawa jin/* [anda nak poweerrrrr?? !!!]9. Ketawa panjang :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha lagi skali ha ha ha ha ha x100010. Ketawa orang sakit :- Kih kih kih kih kih *khoh* kih kih kih kih *khoh khohkkk*11. Ketawa maut :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok...Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)12. Ketawa bergolek-golek :- kakakikikukuk tedepek! [tgolek jatuh]13. Ketawa jimat cermat :- ahakz14. Ketawa tak ikhlas :- kah!15. Ketawa dalam mabuk :- hik hik hik heeeeeeee hik hik16. Ketawa ngada-ngada :- hek hek hek [rase nak lempang je haha!]17. Ketawa sindir :- heheh [bygkan muka sardlin a.r]

Sajak Khas buatmu si A...iskkk iskkk iskkk

A,Maaf kerana tidak dapat membantu muDi kala parang ayah mengurangDi kala wajah ayah memerahDi kala suaramu tersekatA,Maafkan sekali lagiBukan aku tidak mahu membantuBukan aku tidak sayuBukan...Bukan. ...Bukan. ..A,Tika ayah mengacu parangnyaHatiku meruntun sayuMelihat kau cuba lari bertempiaranBersama rakan-rakanUntuk hidup sehari lagiA,Realitinya aku tidak mampuMenghulurkan tangan untuk kau sambutSupaya dapat ku bawa kau lariJauh dari parang ayah....A,Aku tidak mengertiMengapakah ayah terlalu benci akan dirimu?Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara iniAku hanya mampu menjadi pemerhatiBersama seribu belas dihatiBersama kasih yang tebal di nuraniNamun aku hanya seorang insan biasaA,Larilah kauJangan menyerah pada ayahku yang kejam ituAh A,Tidak dapat aku gambarkanDikala parang ayah menetak lehermuAir mataku mengalir menuruni pipiTak tertahan lagi...sedih. ..sayu...Yeah...!Seluruh isi keluargaku bersorakSemua berpestaAtas kematian mu...?A...Ayamku.. .Kematianmu, nyata amat pedihTetapi kau menjanjikansantapan istimewa untuk kamiAyam goreng bersambal!!!Nyam...nyammm. ..Nyammm. .

Kisah benar ni...Cerita 1.Lokasi : One fast food outlet kat KLAku ngan kawan aku tgh nak oder makan. Datanglah one girlyang prasan vogue dgn high heel dan fancy skirtnya kat seblah aku,dengan yakin dan brani cakap kat kounter, 'MAY I HAVE SOME MORE SILLY COS (CILI SOS)?'.Dgn brani gak aku ngan kwn aku gelak kuat2...Cerita 2.Lokasi : Bilik Darjah (Abang aku jd monitor)Cikgu masuk kelas. Sebagai ketua darjah yang berkaliber abang akujerit:BANGIN !!( BANGUN DAN BANGKIT)Eh! bangin lak.. BANGKUT!!!!Esoknya abang aku tak gi skola 2 hari...Sekian.

Cerite budak-budak sekola menegah gi rombongan...

Salah sebuah sekolah menegah dari simpang rengam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya.Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu."Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya."Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain."Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu."Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu."Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus."Beginilah.. ., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....."Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi."Eh..., awak berak ke? Busuknya...? ??"Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""


Cerite dari seorang junior....

Peristiwa nih masa aku belajar dulu....tapi bukan pasal aku arr...pasal senior aku yg giler pandai cover malu....Nak dijadikan cerita, kat luar pintu gerbang kampus aku nih aderlah stesen minyak mini (bebudak kampus kata stesen minyak tuh campur ayaq dalam minyak..takderlah aku check pulak)kitorang yg takde fulus dan menggunakan khidmat sewa kete selalunya selalu isi minyak dulu kat situ dalam 5 hengget sebelum betul2 sampai town. Satu hari tu, kawan aka senior aku ni menumpanglah kete kawan dia (seingat aku, kete kancil kaler putih)..masa tu dia menumpang kat seat belakang arr... sampai je kat stesen minyak tu, masa tu member dia park betul2 kat tempat isi minyak tu...mamat tu tetiba teringin nak makan pisang goreng yang gerainya tak jauh dari situ...dia kuar dr kete sementara kawannya menunggu kereta diisi minyak....Dekat 10 minit jugak mamat tu kat gerai pisang goreng tanpa disedarinya kawan2nya dah selesai isi minyak dan kawan2 nya menunggu dia kat jalan depan sikit dr stesen minyak tu.... KEBETULAN pulak ader pulak kete kancil lain yang kaler putih jugak ambik alih kete kawan dia kat tempat isi minyak tu....hehehehe tak silap aku, penumpang kete tue couple kot.....Lepas je dapat pisang goreng, dengan yakinnya mamat tadi terus masuk kete yang disangkanya kete kawannya...tanpa melihat pemandu n penumpang di hadapan....mamat tu sempat membebel pasal ape ntah....Tibe2 kedengaran suara pemandu kereta tu: " Errr...... encik...boleh saya tolong???" Punyalah terkujat mamat tu apabila baru menyedari dirinya dah tersilap kereta..didepannya sepasang kekasih yang kelihatan blur dan terperanjat melihat dia dengan penuh suspen. Ekekekekeke. .punyalah gelabah tapi masih sempat berfikir..mamat ni pon cakaplah.... .."Oooooo...saya baru beli pisang goreng kat kedai makcik tu....saje nak soh korang rasa..amiklah. ..jangan segan2" seraya menyuakan seplastik pisang goreng, mamat tu berkata dengan yakin.... tapi couple tu menggeleng.. .risau agaknya mamat tu weng...last2 mamat tu bg alasan.... "takpelah... .terima kasihla sebab korang sudi luangkan masa" ...masa mamat tu cerita balik kat kitorang...dia tahan je malu... terus je dia kuar...tetiba je baru perasan kete kawan dia kat depan jalan.....Dengan covernya, dia jalan pelan2 kat kete kawannya (kalau lari, nampak sangat dah kantoi)....tapi ghopenya kawan2nya dah bantai gelak guling2 dalam kete sebab dah ternampak mamat tu masuk silap kete...kesian kat kawan aku tuh, tapi mujurlah panjang akalnya cover malu....uhuhuuhuhuu h

Tuesday, June 24, 2008

Wednesday, June 18, 2008

Tgok dulu perbezaannya harga minyak ni.. dan tgk bawah..

PETROL

DULU

SEKARANG

RM

Liter

RM

Liter

$1.92

1

$2.70

1

$3.84

2

$5.40

2

$5.76

3

$8.10

3

$7.68

4

$10.80

4

$9.60

5

$13.50

5

$11.52

6

$16.20

6

$13.44

7

$18.90

7

$15.36

8

$21.60

8

$17.28

9

$24.30

9

$19.20

10

$27.00

10

$21.12

11

$29.70

11

$23.04

12

$32.40

12

$24.96

13

$35.10

13

$26.88

14

$37.80

14

$28.80

15

$40.50

15

$30.72

16

$43.20

16

$32.64

17

$45.90

17

$34.56

18

$48.60

18

$36.48

19

$51.30

19

$38.40

20

$54.00

20

$40.32

21

$56.70

21

$42.24

22

$59.40

22

$44.16

23

$62.10

23

$46.08

24

$64.80

24

$48.00

25

$67.50

25

$49.92

26

$70.20

26

$51.84

27

$72.90

27

$53.76

28

$75.60

28

$55.68

29

$78.30

29

$57.60

30

$81.00

30

$59.52

31

$83.70

31

$61.44

32

$86.40

32

$63.36

33

$89.10

33

$65.28

34

$91.80

34

$67.20

35

$94.50

35

$69.12

36

$97.20

36

$71.04

37

$99.90

37

$72.96

38

$102.60

38

$74.88

39

$105.30

39

$76.80

40

$108.00

40

$78.72

41

$110.70

41

$80.64

42

$113.40

42

$82.56

43

$116.10

43

$84.48

44

$118.80

44

$86.40

45

$121.50

45

$88.32

46

$124.20

46

$90.24

47

$126.90

47

$92.16

48

$129.60

48

$94.08

49

$132.30

49

$96.00

50

$135.00

50

$97.92

51

$137.70

51

$99.84

52

$140.40

52

$101.76

53

$143.10

53

$103.68

54

$145.80

54

$105.60

55

$148.50

55

$107.52

56

$151.20

56

$109.44

57

$153.90

57

$111.36

58

$156.60

58

$113.28

59

$159.30

59

$115.20

60

$162.00

60


Untuk Motosikal
Cth:
Kalau Dulu kita belanja RM5.76 (3 liter) X 30 hari = RM172.80 X 12 bulan = RM2073.60

Skarang RM 8.10 (3 liter) X 30 hari = RM243.00 X 12 Bulan =RM2916.00 - RM150.00 (Subsidi Krajaan Stahun) = RM2766.00.. Gila..!!

Untuk Kereta, Lori, Bas & lain2.. Haaaa Lu Pikir Lah Sendiri..!!!

Assalamualaikum. .!

Dua lelaki ditahan, PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak

17/06/2008 10:09pm

RANTAU PANJANG 17 Jun ¡V Tindakan pantas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan berjaya mematahkan kegiatan dua lelaki yang cuba menyeludup 850 kilogram (kg) minyak masak dan 1,296 kg gula ke negara jiran, di sini hari ini.
Kedua-dua bahan itu bernilai kira-kira RM4,533.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Supt Rooslan Radzi berkata kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 petang ketika sedang leka memunggah bahan tersebut dari sebuah lori di kawasan perhentian bas pekan berkenaan.
¡§Ketika mereka sedang sibuk memunggah barangan... sepasukan anggota PGA menyerbu menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri,¡¨ katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki yang merupakan warga negara tempatan dan berumur lingkungan 30an itu serta barangan rampasan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.

SAPP adakan sidang akhbar khas esok

17/06/2008 9:56pm

KOTA KINABALU 17 Jun ¡V Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikaitkan dengan pelbagai khabar angin tentang tindakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan satu `kejutan' esok.
Utusan Malaysia difahamkan kejutan itu akan diumumkan pada sidang akhbar khas parti tersebut di Ibu Pejabat SAPP di Luyang dekat sini.
"Tunggu dan lihat sahaja esok, ia satu pengumuman yang mengejutkan senario politik di Malaysia dan dijangka satu keputusan akan diambil SAPP,'' kata seorang pemimpin kanan parti itu yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya khabar angin bahawa ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dari Sabah akan keluar BN memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenainya.
``Saya tidak diberitahu apa-apa,'' kata Abdullah ringkas kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.- Utusan.

Muzium Negara nafi pegawai curi batuan geologi

17/06/2008 9:50pm

KUALA LUMPUR 17 Jun ¡V Pihak Muzium Negara menafikan pegawainya terlibat dalam kejadian lima spesimen batuan geologi dicuri dari muzium itu pada Rabu lalu.
Sebaliknya Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail menegaskan, ketika kejadian batuan itu dikawal selia oleh tiga pengawal keselamatan yang diupah dari sebuah syarikat keselamatan swasta.
``Kejadian berlaku di dalam bilik simpanan koleksi muzium yang terletak di luar kawasan Muzium Negara.
``Batuan tersebut tidak dipamerkan kepada orang ramai sewaktu kecurian itu terjadi dan tiada bukti pegawai muzium terlibat,¡¦¡¦ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ekoran perkembangan itu, Ibrahim tidak menolak akan mengambil tindakan terhadap syarikat keselamatan terbabit termasuk menamatkan kontraknya.
Ibrahim juga memberitahu nilai batuan itu ialah RM19,000 dan bukan sekitar RM1.2 juta hingga RM2 juta seperti yang dilaporkan media sebelum ini.- Utusan.

PM beri jaminan projek basmi kemiskinan tidak terjejas

17/06/2008 8:23pm

KOTA KINABALU 17 Jun ¡X Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa projek kerajaan yang sudah dirancang bertujuan membasmi kemiskinan di luar bandar tidak akan terjejas pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akhir tahun ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak mengganggu projek yang menyentuh kepentingan golongan itu malahan memberi keutamaan selaras dengan misi untuk membasmi kemikinan tegar menjelang tahun 2010.
¡§Kalau di luar bandar, kalau berkaitan dengan pembasmian kemiskinan, tidak akan terganggu sebab membasmi kemiskinan adalah menjadi projek keutamaan. Kita nak menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif menjelang 2010,¡¨ katanya.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Eksekutif (CEO) di sini hari ini.- BERNAMA.

Tidak berniat susahkan rakyat - PM

17/06/2008 8:16pm

KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan.
Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan. - Utusan.

Hanya tiga penumpang belakang wajib pakai tali pinggang

17/06/2008 8:14pm

PUTRAJAYA 17 Jun ¡V Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti diwajibkan oleh kerajaan.
``Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita memahaminya.
``Jika dalam keadaan ini terdapat seorang anak yang tidak memakai tali pinggang berikutan tali pinggang yang ada itu untuk tiga orang sahaja, kita tidak akan kenakan tindakan penguatkuasaan tetapi jangan anggap ini untuk menggalakkan lebihan muatan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.- Utusan.

BPR kesan penguat kuasa terima sogokan `pelekat kebal¡¦

17/06/2008 8:06pm

SHAH ALAM 17 Jun ¡V Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor berjaya membongkar `kerjasama¡¦ pengusaha lori dan kenderaan perdagangan dengan anggota agensi penguat kuasa melibatkan sogokan wang tunai mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Sindiket itu yang dikesan sejak sekian lama, memperuntukkan sogokan bulanan berjumlah RM100 hingga RM150 bagi setiap kenderaan.
Jumlah itu tambahnya, sebagai perlindungan daripada ditahan dan disaman atas beberapa kesalahan tertentu dalam setiap operasi pihak berkuasa. ¡V Utusan.

Kerajaan lulus penubuhan Parti Sosialis Malaysia

17/06/2008 6:54pm

KUALA LUMPUR 17 Jun ¡V Kerajaan meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang baru selepas 10 tahun menanti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, kerajaan telah membuat keputusan meluluskan permohonan PSM, baru-baru ini.
Sehubungan itu katanya, PSM kini boleh bergerak sebagai sebuah parti politik.
``Kelewatan kelulusan permohonan PSM sebelum ini, adalah disebabkan beberapa perkara berkaitan penubuhan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan yang tidak dipenuhi.
``Setelah meneliti sepenuhnya permohonan itu dan memastikan segala peraturan dipatuhi, barulah kelulusan diberikan kepada PSM,¡¦¡¦ katanya.- Utusan.

Monday, June 16, 2008

Message: kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak.. selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik.. saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja.. saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn.. anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat.. rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya.. apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit.. anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya... buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk) saya akan buat minyak masak sendiri itu antara care saya merubah hidup.. ade banyak lagi care semuanya kerna UMNO dan bn... dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade.. bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia. mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti.. insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..! jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak.. jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%.. saya tetap akan menyokong pak lah.. akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn.. sekian terima kasih.. ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.

Sunday, June 15, 2008

Petang-petang mengaji Al Quran
Mengaji bersama rakan dan taulan
Kalau tidak baiknya asuhan
Tidak adalah surah hafalan


Selamat Menyambut Hari Bapa dan Ibu Tiap-tiap Hari.
Semoga Bonda Dan Ayahanda Sihat Sejahtera Di- Kampung.