Wednesday, December 31, 2008

Police get Lancer Evo

LOCAL NEWS
Police get Lancer Evo
December 07, 2008 09:07 PM Author: Chips

The Mitsubishi Lancer Evo. Presumably, PDRM version will be in white

The Royal Malaysian Police (PDRM) has acquired 25 units of the Mitsubishi Lancer Evolution (with manual transmission) which will be used alongside the Proton Wajas and Iswaras as patrolcars. The purchase was rumoured for some time but the PDRM did not officially comment on it and it was thought that the cars might be used for undercover purposes.

High-performance models are nothing new to the PDRM and even as far back as the 1970s, the force had a fleet of 2-litre Alfa Romeo Alfettas, the first police force outside Italy to use the Italian cars. Marketed by City Motors at that time, they were assembled at the Swedish Motor Assemblies plant in Shah Alam, Selangor.

Later on, during the 1980s, the police also purchased a small fleet of Ford TX3s which were used for undercover operations. The cars were unmarked and little was known about them other than that they existed. Around that time, other government agencies like the Customs also used models like the Citroen BX and BMW 318i in order to pursue criminals who had fast machines.



Alfa Romeo Alfetta was first high-performance patrolcar used by the PDRM in 1970s


Ford TX3 was known to be used for undercover operations


Volvo 850 T5 was used by Highway Patrol for many years


The Highway Patrol also uses some Proton Satria GTIs
In the 1990s, the Highway Patrol got the powerful Volvo 850 T5 stationwagons which were ideal for use on the North-South Highway. The stationwagons served for some time but today, the Highway Patrol uses Mitsubishi Pajeros, Nissan X-Trails and some Proton Satria GTIs.

The PDRM will be sending its Evo drivers for special training courses so that they will be able to make full use of the car’s performance so illegal racers had better think twice before trying to accelerate away when they see flashing blue lights behind them. The police also say that the cars may have other roles that require high-speed escorts.

As these are government vehicles, the cost would be about half the showroom price of RM324,000 since they are purchased tax-free. Also, the Evo's 295 bhp engine is a thirsty powerplant but since the police also get tax-free petrol, that should not be a worry either!

http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1694/page_m.asp

Monday, December 22, 2008

LAILAHAILLALLAH

LAILAHAILLALLAH

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Maksiat halang tekun beribadat

Maksiat halang tekun beribadat
Oleh Hashim bin Ahmad
rencana@hmetro.com.my



APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.


Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Wednesday, December 03, 2008

Challenge Park, Putrajaya

Title : Taman Cabaran "Curi-curi kayuh"
Date : 30 November 2008
Starting Time : 8.00am
Meeting Point : Skatepark, Putrajaya
Distance : 10.00km + freeride
Organiser : Mr Lim tauke Basikal

Beberapa minggu yang lalu jiran sebelah rumah merangkap tauke kedai basikal di Puchong ada bagi info pasal Putrajaya Challenge Park. Tapi masa tu aku tak ambik pusing sangat coz dia cakap venue tu cuma ada skatepark, wall climbing & bmx obstacles je. Lagipun aku baru je beli mountain bike dan masih takde geng nak kayuh.

Atas inisiatif tauke kedai ni namanya Lim yang suka recce denai-denai baru sekitar lembah klang telah berjaya mencari lokasi sebenar Putrajaya Challenge Park (Taman Cabaran) yang terletak di Taman Selatan, Presint 20 & PU5, Putrajaya.

Inilah kali pertama aku mencuba sukan x-treme ni,mula-mula masa turun laluan yang curam tu terkecut perut jugak almaklumlah dah lah curam dalam,lepas tu kali pertama plak bawak basikal,zaman sekolah dulu-dulu adalah tapi masih gantang gitu lagipun aku ni sakit lutut sbb menampung berat badan yang semakin membesar,2...3.. kali jugaklah jatuh mula-mula sanggup menjatuhkan diri dulu baru basikal maklumlah basikal aku ni mahal sampai ada mamat sorang tu nak beli basikal aku katanya DS-1 ni mmg hebat apa BMX boleh buat DS-1 boleh buat.Asyik jatuh jer terpaksalah aku melepaskan basikal ni dari pegangan aku,maka impak kecederaan aku ni kurang sikit,betul lah member sorang tu cakap biar basikal jahanam jangan kita yang jahanam...

tapi frust jugak tak sempat bawak kamera sbbnya pukul 6:30 pagi dah keluar rumah sampai tertinggal beg yang dilengkapi tool dan kamera.

Bagi aku tempat ni oklah orang baru atau Beginner.

Kat bawah nie adalah driving direction yang perlu di ikut kalau nak try, cuba, test trail nie... dari arah Puchong & dari arah Kajang.

Driving directions to Taman Selatan, Putrajaya,
21.0 km – about 21 mins
From Puchong, Selangor
1.Head southeast on Jalan Industri PBP 1/2 toward Jalan Industri PBP 1/1
85 m
2. Turn right at Jalan Industri PBP 1
0.1 km
3. Continue on Jalan PPU1
0.3 km
4. Take the ramp onto Lebuhraya Damansara Puchong
7.4 km
5. Continue on B15
2.6 km
6. Slight left to stay on B15
9.0 km
7. Slight left
1.0 km
8. Turn left
0.7 km

Driving directions to Taman Selatan, Putrajaya,
25.3 km – about 26 mins
From Kajang, Selangor
1. Head southeast on Jalan Cheras toward Jalan Sungai Kantan
0.6 km
2. Turn right at Jalan Sungai Chua
1.7 km
3. Take the ramp to Lebuhraya Silk
0.4 km
4. Slight left at Lebuhraya Silk
1.2 km
5. Take the ramp onto Lebuhraya Silk
1.5 km
6. Continue on Lebuhraya Lembah Klang Selatan
3.9 km
7. Exit onto Persiaran Utara
7.8 km
8. Take the ramp onto B15
6.6 km
9. Slight left
1.0 km
10. Turn left
0.7 km