Dua lelaki ditahan, PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak
17/06/2008 10:09pm
RANTAU PANJANG 17 Jun ¡V Tindakan pantas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan berjaya mematahkan kegiatan dua lelaki yang cuba menyeludup 850 kilogram (kg) minyak masak dan 1,296 kg gula ke negara jiran, di sini hari ini.
Kedua-dua bahan itu bernilai kira-kira RM4,533.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Supt Rooslan Radzi berkata kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 petang ketika sedang leka memunggah bahan tersebut dari sebuah lori di kawasan perhentian bas pekan berkenaan.
¡§Ketika mereka sedang sibuk memunggah barangan... sepasukan anggota PGA menyerbu menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri,¡¨ katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki yang merupakan warga negara tempatan dan berumur lingkungan 30an itu serta barangan rampasan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.
SAPP adakan sidang akhbar khas esok
17/06/2008 9:56pm
KOTA KINABALU 17 Jun ¡V Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikaitkan dengan pelbagai khabar angin tentang tindakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan satu `kejutan' esok.
Utusan Malaysia difahamkan kejutan itu akan diumumkan pada sidang akhbar khas parti tersebut di Ibu Pejabat SAPP di Luyang dekat sini.
"Tunggu dan lihat sahaja esok, ia satu pengumuman yang mengejutkan senario politik di Malaysia dan dijangka satu keputusan akan diambil SAPP,'' kata seorang pemimpin kanan parti itu yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya khabar angin bahawa ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dari Sabah akan keluar BN memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenainya.
``Saya tidak diberitahu apa-apa,'' kata Abdullah ringkas kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.- Utusan.
Muzium Negara nafi pegawai curi batuan geologi
17/06/2008 9:50pm
KUALA LUMPUR 17 Jun ¡V Pihak Muzium Negara menafikan pegawainya terlibat dalam kejadian lima spesimen batuan geologi dicuri dari muzium itu pada Rabu lalu.
Sebaliknya Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail menegaskan, ketika kejadian batuan itu dikawal selia oleh tiga pengawal keselamatan yang diupah dari sebuah syarikat keselamatan swasta.
``Kejadian berlaku di dalam bilik simpanan koleksi muzium yang terletak di luar kawasan Muzium Negara.
``Batuan tersebut tidak dipamerkan kepada orang ramai sewaktu kecurian itu terjadi dan tiada bukti pegawai muzium terlibat,¡¦¡¦ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ekoran perkembangan itu, Ibrahim tidak menolak akan mengambil tindakan terhadap syarikat keselamatan terbabit termasuk menamatkan kontraknya.
Ibrahim juga memberitahu nilai batuan itu ialah RM19,000 dan bukan sekitar RM1.2 juta hingga RM2 juta seperti yang dilaporkan media sebelum ini.- Utusan.
PM beri jaminan projek basmi kemiskinan tidak terjejas
17/06/2008 8:23pm
KOTA KINABALU 17 Jun ¡X Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa projek kerajaan yang sudah dirancang bertujuan membasmi kemiskinan di luar bandar tidak akan terjejas pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akhir tahun ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak mengganggu projek yang menyentuh kepentingan golongan itu malahan memberi keutamaan selaras dengan misi untuk membasmi kemikinan tegar menjelang tahun 2010.
¡§Kalau di luar bandar, kalau berkaitan dengan pembasmian kemiskinan, tidak akan terganggu sebab membasmi kemiskinan adalah menjadi projek keutamaan. Kita nak menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif menjelang 2010,¡¨ katanya.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Eksekutif (CEO) di sini hari ini.- BERNAMA.
Tidak berniat susahkan rakyat - PM
17/06/2008 8:16pm
KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan.
Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan. - Utusan.
Hanya tiga penumpang belakang wajib pakai tali pinggang
17/06/2008 8:14pm
PUTRAJAYA 17 Jun ¡V Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti diwajibkan oleh kerajaan.
``Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita memahaminya.
``Jika dalam keadaan ini terdapat seorang anak yang tidak memakai tali pinggang berikutan tali pinggang yang ada itu untuk tiga orang sahaja, kita tidak akan kenakan tindakan penguatkuasaan tetapi jangan anggap ini untuk menggalakkan lebihan muatan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.- Utusan.
BPR kesan penguat kuasa terima sogokan `pelekat kebal¡¦
17/06/2008 8:06pm
SHAH ALAM 17 Jun ¡V Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor berjaya membongkar `kerjasama¡¦ pengusaha lori dan kenderaan perdagangan dengan anggota agensi penguat kuasa melibatkan sogokan wang tunai mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Sindiket itu yang dikesan sejak sekian lama, memperuntukkan sogokan bulanan berjumlah RM100 hingga RM150 bagi setiap kenderaan.
Jumlah itu tambahnya, sebagai perlindungan daripada ditahan dan disaman atas beberapa kesalahan tertentu dalam setiap operasi pihak berkuasa. ¡V Utusan.
Kerajaan lulus penubuhan Parti Sosialis Malaysia
17/06/2008 6:54pm
KUALA LUMPUR 17 Jun ¡V Kerajaan meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang baru selepas 10 tahun menanti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, kerajaan telah membuat keputusan meluluskan permohonan PSM, baru-baru ini.
Sehubungan itu katanya, PSM kini boleh bergerak sebagai sebuah parti politik.
``Kelewatan kelulusan permohonan PSM sebelum ini, adalah disebabkan beberapa perkara berkaitan penubuhan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan yang tidak dipenuhi.
``Setelah meneliti sepenuhnya permohonan itu dan memastikan segala peraturan dipatuhi, barulah kelulusan diberikan kepada PSM,¡¦¡¦ katanya.- Utusan.
No comments:
Post a Comment